WELCOME...WELCOME...WELCOME...WELCOME TO AISHA SHAA BLOG

Thursday, 14 August 2014

kerja..oh kerja..


Lama da tak update.. da dapat kerja.. syukur alhamdulilah.. Tapi dipersimpangan... dapat pula offer belajar.. sedih.. xtau yang mana satu.. moga istiharah penunjuk jalan.. start kerje 18 ni.. start belajar 2/9.. fikir nak buat pjj je.. tak payah berhutang.. yang pinjam masa diploma tu pun xtau habis bila bayar hutang.. semoga Allah Permudahkan segalanya..



Wednesday, 30 July 2014

Impian demi impian..

suatu hari nanti akanku laksanakan
menjalin impian untuk menjadi yang terbaik
diri ini masih banyak khilafnya
adakalanya tewas
dengan godaan 
demi godaan
sarung kaki hilang kemana 
dikala tetamu miniti dipintu rumah
aurat yang sekecil ini
adakalanya dipandang mudah
adakala dipandang ringan
tapi di duniamu pasti
menjadi pertikaian yang maha hebat
Allah aku tak kuat 
menghadapi dugaan hidup di bumi ini
teruslah kau berikah hidayah 
yang berterusan tanpa ada titik
Allah andai umurku panjang
kau teruslah bimbingku
mencari reda mu
terus berada dijalan yang lurus
terus berjuang
untuk menjadi khalifahMu yang terbaik



Aisha Shaa


Thursday, 24 July 2014

BISKUT COKLAT CORNFLAKES CHIP COKLET

Semalam nak buat biskut sangat. Semangat mula datang berkobar-kobar. Jadi mula la pencarian resepi biskut dalam buku resepi dan internet.. tapi semua nampak mcm susah je dengan bahan-bahan yang tak da kat rumah.. Jadi setelah baca info dan petua membuat biskut telah terciptalah biskut ni.. Sesiapa yang nak cuba silakan.. Memang sedap. Kononnye biskut nak buat raya.. tapi da tinggal setengah bekas setelah dimakan oleh anak-anak sedara.. huhuh habis biskut ashu.. sabar je la.. Resepi ni boleh dapat sebanyak 1 1/2 bekas plastik besar yang jual gula-gula tu.. Selamat mencuba.. :D


BAHAN-BAHAN
·        2 1/2 cawan tepung jagung
·        1 ½ cawan tepung gandum
·        ½ cawan oats dikisar halus
·        1 cawan gula yang telah dikisar halus
·        3 cawan cornflakes diramas
·        1 cawan chip chocalate
·        serbuk koko 2 sudu besar makan
·        Majerin 3 cawan

CARA-CARA
1.     Tepung gandum dan tepung jagung digoreng tanpa minyak kira-kira 10 minit (disangai)
2.     Angkat tepung kemudian masukkan serbuk koko, gula dan oats yang dikisar gaul sehingga rata.
3.     Masukkan majerin sehingga rata dan doh menjadi melekat. masukan chip coklat dan cornflakes dan digaul rata
4.     Masukan adunan ke dalam mangkuk kertas. adunan hendaklah hanya  suku dan paling banyak adalah setengah kerana apabila masak biskut tersebut akan mengembang.

5.     Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 ˚c selama 15 minit.

Aisha Shaa



Hijrahku

Seringkali aku kemana-mana pasti ada org yang menegur. Akak da berubah.. Saya pun teringin nak pakai tudung labuh mcm akk tapi saya tak mampu. Dgan pakai tudung pendek mcm ni tak layak rasanya nak berhijrah ke tudung labuh.. Apa yang boleh aku katakan cuba pasangkan niat untuk berubah, istikomah berubah sedikit demi sedikit.. Aku dahulu bukan seorang yang sempurna. Seringkali membuat silap dalam hidup. Bersekolah di sekolah kebangsaan sejak sekolah rendah dan menengah. Hanya sekolah biasa yang tidak berlatarbelakangkan sekolah agama. Cuma aku punya sijil darjah khas iaitu sijil tertinggi untuk sekolah petang kerajaan negeri johor. Pernah memakai seluar pendek ketika keluar rumah ketika sekolah rendah bahkan aku bukan menjaga auratku (rambut) sejak kecil ketika keluar rumah. Ibu dan ayah ku merupakan seorang yang biasa bukan daripada alim ulamak ataupun ustaz dan ustazah. Bukan golongan yang bertudung labuh dan memakai kopiah. Namun sejak dulu lagi angan-anganku ingin mengubah diri menjadi yang lebih baik. Detik hati ini bermula apabila ustaz sekolah rendahku mewajibkan para pelajarnya menduduki peperiksaan penapisan ke sekolah mahad untuk ke tingkatan 1.  Detik ini aku bayangkan aku memakai tudung labuh mempunyai raut wajah yang lembut seperti akak-akak yang bertudung labuh yang aku terserempak di tepian jalan.. Namun dengan keputusan upsr 4A1B aku tidak berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke mahaad tu.. Impianku hanya tinggal impian.. Aku terlupa seketika tentang hal itu. sehingga tamat tingkatan 5 aku masih begitu. Akhir tingkatan 5 sesudah spm aku pindah ke kg yang jauh dr sekolahku. Keputusan peperiksaan yang serderhana tidak membolehkan aku mendapatkan tempat ke pusat pengajian tinggi. Aku hanya ditawarkan ke tingkatan 6 dan politeknik. Pilihan politeknik ak tolak jauh ke tepi kerana ketika itu aku rasakan aku tak boleh hidup jauh dari ibuku. Semasa di tingkatan 6, akibat pujukan kawan-kawan aku menegaskan diri untuk meneruskan tingkatan 6 walaupun jauh dari rumah. Tingkatan 6 rendah aku ke sekolah menaiki motor. Tapi akibat tayar motor yang selalu bermasalah aku tekad untuk duduk di asrama walaupun ditegah oleh akak2 dan ibu. Namun aku bertegas dengan mengatakan sampai bila aku nak duduk bawah ketiak mak saja. Sejak duduk diasrama pelbagai jenis ilmu agama yang telah didedahkan.  Aku mula mempelajari dengan kawan-kawan dan adik-adik junior dengan kaedah memerhati dan buat. Sedih ketika itu aku rasakan, aku terlalu jahil sehingakan tidak mengetahui segalanya. Aku bertekad dalam diri dan mengatakan kepada kawan baikku bila aku masuk universiti aku nak pakai tudung labuh.. Aku nak berubah.. Segalanya menjadi kenyataan.. Aku diterima masuk di universiti di bahagian utara tanah air iaitu Perak. Disitu aku mula mendekatkan diri dengan Allah dengan rakan-rakan yang membina. Aku dapat mengenal kawan-kawan yang sama seperti aku ingin berubah ke arah kebaikan.. Alhamdulilah.. Dapat roomate yang sama-sama membina impian.. Tapi aku mengambil masa sedikit. Tentangan pendapat demi pendapat aku mula dapat daripada ahli keluargaku sendiri.. Ketika aku melabuhkan tudung dan tidak berselempang atau berfesyen akak ku mengatakan dik ko ni asyik stail tu je tudung pin ke bawah (ketika itu masih bertudung saiz 45). Cuba buat fesyen sikit. Aku pun balas kata-kata kakak ku ala malas la lambat. Kan labuhkan mcm ni senang, cepat, pantas.. Hari demi hari aku berubah sedikit demi sedikit. Baju dan seluar yang ketat ku tinggalkan dirumah. Aku mula memakai stokin walaupun kadang kala ku buka sehingga ada teman-teman menegur kenapa pakai stokin.. Aku hanya menjawab ala nanti kaki hitam nak ke kelas. Kan jauh dari kelas ke asrama kolej. Setelah kawan-kawan tidak bertanya lagi aku teruskan memakai setokin. Baju muslimah kini mula menjadi koleksiku sehinggakan ibu menegur kenapa adik pakai bju labuh-labuh ni.. Besar-besar ni nampak gemuk la? Ciptaan alasan demi alasan aku berikan untuk menutup malu untk mengatakan aku ingin berubah. Aku hanya mengatakan ala mak kat u tu panas.. Pakai baju besar-besar selesa sikit kalau berpeluh.. Kan adik berpeluh banyak. Aku katakan aku bukan seorang yang berkemampuan untuk membeli koleksi baju muslimah dengan sekaligus kerana baju muslimah juga agak mahal pada masa itu. kalau sepasang dalam 35 ringgit aku boleh dapat 3 pasang baju yang biasa. Namun aku tekadkan diri untuk beli sebulan hanya dua pasang dengan cara mengikat perut memakan makanan yang hanya mengenyangkan dan berdiet. Dengan penjimatan duit itu ak mula membuat koleksi baju muslimah dan tudung bidang 50. Namun segalanya mula berubah apabila aku pergi ke bilik kawanku yang memang bertudung labuh untuk bertanya tentang tudung akel bidang 50 yang ingin ku order daripadanya. Pilih-pilih tudung akhirnya aku sudah membuat pilihan.. Aku berkenan dengan tudung dua tone warna hitam grey tapi tudung tu tak da bidang 50 hanya bidang 60.. Aku berbelah bagi. Namun rakanku memujuk. Akak belilah yang bidang 60 warna yang sama tu. Cuma labuh sikit je tak ada perbezaan. Lagipun ana tak cukup kota untuk dapatkan free postage. Da banyak sangat ana beli.. Kalau nak tambah lagi 1 duit takcukup. Setelah melihat-lihat, aku akhirnya bersetuju. Tapi setelah dapat, tudung tu aku sembunyikan daripada pandangan roomate ku dan ku tinggalkan di rumah.. Semasa cuti semesta mak terjumpa tudung yang ku simpan di laci almari bajuku.. Dik ni tudung sape? Besarnye?Aku terus membalas ni adik punye. Terus ku bertanya mak kalau adik nak pakai tudung bidang 60 boleh tak? Mak jawab nak buat ape? Besar tu.. Pakai bidang 50 nipun da cukup besar.. Mak pakai tudung mcm ni (tudung Ariani saiz m) takkan adik nak pakai tudung labuh pulak.. Nanti ape org kata.. Dalam hati takpela. Pakai la bidang 50 tu.. Tapi suatu hari, ada majlis di kampus dan aku rasakan tudung bidang 50 tu terlalu kecil untuk aku pinkan untuk dibuat fesyen.. Aku mula mengambil tudung bidang 60 namun aku pakai dalam keadaan lilit untuk mengelakkan tudung tu kelihatan terlalu besar daripada pandangan rakan-rakan. Setelah itu aku labuhkan sedikit demi sedikit lilitan itu dari masa ke semasa. Ibuku sudah tidak berkata apa setelah aku memakainya ketika pulang.. Malah nampak perubahan ibuku mula melabuhkan tudungnya.. Mula bersetokin.  Alhamdulilah aku bersyukur ya Allah.. Walaupun niat utamanya dulu hanya untuk mengelakan kata-kata orang.. Tapi kini ibuku sendiri mengatakan kepada akak-akak ku janganlah belikan mak tudung pendek lagi. Tak sesuai la.. Mak tak selesa.. Kini perubahanku diterima oleh orang di sekelilingku.. Malah akak-akak ku kini dengan senang hati membelikan tudung labuh untuk adiknya. Pesan aku untuk orang yang ingin berhijrah, buat ape yang kita rasakan betul jangan pedulikan orang lain, think creative untk mencipta alasan yang akan membuat org terima jawapan anda. Dan jangan pedulikan bila orang komen anda.. Teruskan niat betul anda itu. Dan lagi 1 ingat sampai mati jangan sesekali memandang dengan pandangan menyampah atau keji terhadap org yang bertudung singkat dan berbaju ketat. Tapi cubalah rapatkan diri untuk berkawan dan nasihat agar dia melakukan perubahan dengan cara dia yang tersendiri. Orang yang bertudung labuh cuba bermesra dengan orang ini dan bukan menghukum mereka. mereka juga manusia yang mempunyai perasaan. Jika anda memandang dengan pandangan yang begitu, lagi mereka larikan diri untuk berubah. Sepanjang aku di u, org yang bertudung labuh ni suka masuk dalam golongan dia orang je.. Cuba-cubalah berkawan dengan semua orang.. Awk bertudung labuh tak semestinya awak akan ke syurga. Semua orang boleh berubah. Hidayah milik Allah. Luas-luaskan pergaulan sambil menarik mereka ke jalan yang diredai dan jangan sesekali memandang mereka dengan pandangan yang menjengkelkan.. :D with love..

Monday, 7 July 2014

Sup Yong Tau Fu

Bahan-bahan:

  • ·        Fish ball mengikut jenis dan jumlah yg dikhendaki
  • ·        Crab stik mengikut jumlah yang dikhendaki
  • ·        Kangkung mengikut jumlah yang dikhendaki
  • ·        Bawang goreng ( paling penting, mesti ada)
  • ·        2 ulas bawang merah
  • ·        Seulas bawang putih
  • ·        Garam secukup rasa
  • ·        Gula secukup rasa
  • ·        Sedikit ajinamoto
  • ·        Daun bawang


Cara2:


  1.  Didihkan air
  2. Masukkan bawang merah bersama bawang putih yang telah di blender
  3.  Masukkan bawang goreng
  4.  Masukkan garam, ajinamoto dan gula tunggu mendidih.
  5.  Celur crab stik dalam air rebusan tadi dalam 3minit
  6. Angkat dan asingkan
  7. Rebus fish ball dalam air rebusan dan kangkung dalam air rebusan yang lain sehingga masak
  8. Angkat dan asingkan fish ball, kangkung dan lain-lain.
  9. Matikan sup
  10. Potong daun bawang dan taburkan di dalam sup bersama daun bawang.
  11. Sup sedia dihidangkan bersama fish ball, kangkung, crab ball dan stik crab bersama-sama.

Tuesday, 1 July 2014

Salam Ramadhan Buat Semua

Sekelip mata ramadhan datang kembali menjelma.. Setahun rupanya sudah.. Pejam celik banyak benda yang dah berlalu dalam hidup.. Tapi benda yang dah lepas tak kan dapat diundur kembali.. Sesungguhhnya itu akan menjadi sejarah dan cerita dalam perjalanan hidup kita.. I'm still waiting for a job.. penat da mohon sana sini still xda rezeki lagi.. Ya Allah permudahkan lah perjalannan hidupku..




Thursday, 2 January 2014

SAMBUNGAN DELETE AKAUN FRIENDSTER..

Selamat pagi.. heheh oleh kerana penulis tak dapat melelapkan mata, jadi penulis kembali menyambung isu dan topik terdahulu..Lepas penulis telah memadam akaun facebook penulis, tetiba penulis teringat akan akaun laman sosial friendster penulis. Suatu ketika dahulu, akaun friendster merupakan laman sosial yang terlampau popular.. seingat penulis ketika zaman penulis sekolah rendah.. sebab lepas tu masa tingkatan 3 laman sosial myspace pula meningkat naik.. kemudian ketika tingkatan 4 laman facebook pula kembali menghantui jutaaan remaja di seluruh dunia.. Bukak punya bukak laman friendster tidak akan mati dengan sendirinya.. tetapi laman friendster itu telah betukar wajah dengan tidak memaparkan gambar2yang kita telah muat turun dan hanya permainan dalam talian sahaja yang berfungsi.. Oleh kerana laman media sosial itu telah bertukar rupa, penulis berasa tidak berminat lagi untuk meneruskan pelayaran laman sosial friendster tersebut.. godeh punya godeh, dapat la Allah tunjukan jalan dengan gerak hati tersebut.. Lalu penulis pun mencubalah.. ini lah langkah-langkah untuk memadam laman web sosial Friendster.. tapi laman sosial ini wajib anda INGAT EMAIL ANDA dan EMAIL ANDA HENDAKLAH AKTIF..

Langkah yang pertama


  1. Pergi kat laman www.friendster.com jika anda ingat passwod terus masuk dan log in.. Jika tidak, jom ke langkah yang kedua
  2. Anda pergi ke TERLUPA KATA LALUAN
  3. Isikan alamat email yang anda gunakan untuk mendaftar laman sosial tersebut.
  4. Kemudian dia akan menghantar email di email tersebut.. anda dikhendaki mengisi passwod yang baru
  5. kemudian log in seperti biasa
  6. selepas berjaya log in ke friendster, KLIK GAMBAR PROFILR ANDA
  7. terus ke ACCOUNT SETTING
  8. Klik SETTING
  9. Klik DEACTIVE
  10. Kemudian Klik OK
Akaun anda telah berjaya diactivekan.. Jika anda ingin terus membuang akaun tersebut, anda hendaklah JANGAN BUKAK AKAUN TERSEBUT SELAMA 30 HARI DARIPADA TARIKH ANDA MEMBUATNYA. Ini adalah kerana akaun tersebut akan terdelete secara automayik sekiranya anda tidak membukanya selama 30 hari selepas meng deactivekannya..

Sekian Terima Kasih

CARA-CARA DELETE AKAUN SOSIAL..

Lama dah tak menulis blog ni kan.. ok.. Hari ni Nak berkongsi sikit pasal nak delete akaun laman sosial.. dulu famus kan dengan friendster, myspaces, kemudian bertukarlah kepada facebook dan twitter.. Jadi penulis ingin berkongsi ilmu sikit..

FACEBOOK
Penulis mempunyai masalah dengan akaun facebook penulis.. Setelah membuang segala gambar dan kawan.. Penulis cuba untuk membuang terus akaun FB tersebut.. cuba lah diactivekan.. cuba punya cuba dalam 2 bulan, pergi ke laman tersebut dan log in lah balik.. alangkah terkejutnya (ceh ayat propa je kan.. wahal xda la terkejut sangat pun) akaun tersebut masih boleh berfungsi dan mengucapkan selamat kembali.. hihihi akaun tu siap tulis WELCOME BACK.. jadi try la macam-macam.. jumpa la pulak satu blog ni.. arisyahjahirah so, penulis belajar lah untuk membuang terus akaun itu yang tidak ingin penulis kembali lagi.. Jadi nak menyenangkan korang, penulis  teruslah taip disini..

  1. Log in facebook korang..
  2. Bukak tab yang baru
  3. https://www.facebook.com/help/delete_account
  4. Klick PERMENENT DELETE AKAUN FACEBOOK
  5. Kemudian dy akan keluar Delete My Akaun
  6. Klik dekat Delete My Akaun tapi kalau korang rasa sayang klik la Cancle..
  7. Lepas da klik delete my akaun, dy akan keluar Permanetly Delete Account
  8. Lepastu masukan text in the box
  9. Klik OK
  10. Dy akan keluar Permanetly Delete Account
  11. Klik lagi sekali OK
Kalau dah bulatkan tekad untuk mendelete akaun tu, JANGAN BUKAK SELAMA 14 HARI DARI TARIKH ANDA MEMBUATNYA.. Kalau ada rasa penyesalan selepas delete tu, cepat-cepat la login semula dalam masa 14 hari. Kalau tak, buat la Facebook baru je. Delete ni tak sama macam deactivated ye.

#pss: untuk akaun FRIENDSTER kita akan bersambung di Blog yang next ye..