Thursday, 24 July 2014
Hijrahku
Seringkali aku kemana-mana pasti ada org yang menegur. Akak da berubah.. Saya pun teringin nak pakai tudung labuh mcm akk tapi saya tak mampu. Dgan pakai tudung pendek mcm ni tak layak rasanya nak berhijrah ke tudung labuh.. Apa yang boleh aku katakan cuba pasangkan niat untuk berubah, istikomah berubah sedikit demi sedikit.. Aku dahulu bukan seorang yang sempurna. Seringkali membuat silap dalam hidup. Bersekolah di sekolah kebangsaan sejak sekolah rendah dan menengah. Hanya sekolah biasa yang tidak berlatarbelakangkan sekolah agama. Cuma aku punya sijil darjah khas iaitu sijil tertinggi untuk sekolah petang kerajaan negeri johor. Pernah memakai seluar pendek ketika keluar rumah ketika sekolah rendah bahkan aku bukan menjaga auratku (rambut) sejak kecil ketika keluar rumah. Ibu dan ayah ku merupakan seorang yang biasa bukan daripada alim ulamak ataupun ustaz dan ustazah. Bukan golongan yang bertudung labuh dan memakai kopiah. Namun sejak dulu lagi angan-anganku ingin mengubah diri menjadi yang lebih baik. Detik hati ini bermula apabila ustaz sekolah rendahku mewajibkan para pelajarnya menduduki peperiksaan penapisan ke sekolah mahad untuk ke tingkatan 1. Detik ini aku bayangkan aku memakai tudung labuh mempunyai raut wajah yang lembut seperti akak-akak yang bertudung labuh yang aku terserempak di tepian jalan.. Namun dengan keputusan upsr 4A1B aku tidak berkelayakan untuk meneruskan pengajian ke mahaad tu.. Impianku hanya tinggal impian.. Aku terlupa seketika tentang hal itu. sehingga tamat tingkatan 5 aku masih begitu. Akhir tingkatan 5 sesudah spm aku pindah ke kg yang jauh dr sekolahku. Keputusan peperiksaan yang serderhana tidak membolehkan aku mendapatkan tempat ke pusat pengajian tinggi. Aku hanya ditawarkan ke tingkatan 6 dan politeknik. Pilihan politeknik ak tolak jauh ke tepi kerana ketika itu aku rasakan aku tak boleh hidup jauh dari ibuku. Semasa di tingkatan 6, akibat pujukan kawan-kawan aku menegaskan diri untuk meneruskan tingkatan 6 walaupun jauh dari rumah. Tingkatan 6 rendah aku ke sekolah menaiki motor. Tapi akibat tayar motor yang selalu bermasalah aku tekad untuk duduk di asrama walaupun ditegah oleh akak2 dan ibu. Namun aku bertegas dengan mengatakan sampai bila aku nak duduk bawah ketiak mak saja. Sejak duduk diasrama pelbagai jenis ilmu agama yang telah didedahkan. Aku mula mempelajari dengan kawan-kawan dan adik-adik junior dengan kaedah memerhati dan buat. Sedih ketika itu aku rasakan, aku terlalu jahil sehingakan tidak mengetahui segalanya. Aku bertekad dalam diri dan mengatakan kepada kawan baikku bila aku masuk universiti aku nak pakai tudung labuh.. Aku nak berubah.. Segalanya menjadi kenyataan.. Aku diterima masuk di universiti di bahagian utara tanah air iaitu Perak. Disitu aku mula mendekatkan diri dengan Allah dengan rakan-rakan yang membina. Aku dapat mengenal kawan-kawan yang sama seperti aku ingin berubah ke arah kebaikan.. Alhamdulilah.. Dapat roomate yang sama-sama membina impian.. Tapi aku mengambil masa sedikit. Tentangan pendapat demi pendapat aku mula dapat daripada ahli keluargaku sendiri.. Ketika aku melabuhkan tudung dan tidak berselempang atau berfesyen akak ku mengatakan dik ko ni asyik stail tu je tudung pin ke bawah (ketika itu masih bertudung saiz 45). Cuba buat fesyen sikit. Aku pun balas kata-kata kakak ku ala malas la lambat. Kan labuhkan mcm ni senang, cepat, pantas.. Hari demi hari aku berubah sedikit demi sedikit. Baju dan seluar yang ketat ku tinggalkan dirumah. Aku mula memakai stokin walaupun kadang kala ku buka sehingga ada teman-teman menegur kenapa pakai stokin.. Aku hanya menjawab ala nanti kaki hitam nak ke kelas. Kan jauh dari kelas ke asrama kolej. Setelah kawan-kawan tidak bertanya lagi aku teruskan memakai setokin. Baju muslimah kini mula menjadi koleksiku sehinggakan ibu menegur kenapa adik pakai bju labuh-labuh ni.. Besar-besar ni nampak gemuk la? Ciptaan alasan demi alasan aku berikan untuk menutup malu untk mengatakan aku ingin berubah. Aku hanya mengatakan ala mak kat u tu panas.. Pakai baju besar-besar selesa sikit kalau berpeluh.. Kan adik berpeluh banyak. Aku katakan aku bukan seorang yang berkemampuan untuk membeli koleksi baju muslimah dengan sekaligus kerana baju muslimah juga agak mahal pada masa itu. kalau sepasang dalam 35 ringgit aku boleh dapat 3 pasang baju yang biasa. Namun aku tekadkan diri untuk beli sebulan hanya dua pasang dengan cara mengikat perut memakan makanan yang hanya mengenyangkan dan berdiet. Dengan penjimatan duit itu ak mula membuat koleksi baju muslimah dan tudung bidang 50. Namun segalanya mula berubah apabila aku pergi ke bilik kawanku yang memang bertudung labuh untuk bertanya tentang tudung akel bidang 50 yang ingin ku order daripadanya. Pilih-pilih tudung akhirnya aku sudah membuat pilihan.. Aku berkenan dengan tudung dua tone warna hitam grey tapi tudung tu tak da bidang 50 hanya bidang 60.. Aku berbelah bagi. Namun rakanku memujuk. Akak belilah yang bidang 60 warna yang sama tu. Cuma labuh sikit je tak ada perbezaan. Lagipun ana tak cukup kota untuk dapatkan free postage. Da banyak sangat ana beli.. Kalau nak tambah lagi 1 duit takcukup. Setelah melihat-lihat, aku akhirnya bersetuju. Tapi setelah dapat, tudung tu aku sembunyikan daripada pandangan roomate ku dan ku tinggalkan di rumah.. Semasa cuti semesta mak terjumpa tudung yang ku simpan di laci almari bajuku.. Dik ni tudung sape? Besarnye?Aku terus membalas ni adik punye. Terus ku bertanya mak kalau adik nak pakai tudung bidang 60 boleh tak? Mak jawab nak buat ape? Besar tu.. Pakai bidang 50 nipun da cukup besar.. Mak pakai tudung mcm ni (tudung Ariani saiz m) takkan adik nak pakai tudung labuh pulak.. Nanti ape org kata.. Dalam hati takpela. Pakai la bidang 50 tu.. Tapi suatu hari, ada majlis di kampus dan aku rasakan tudung bidang 50 tu terlalu kecil untuk aku pinkan untuk dibuat fesyen.. Aku mula mengambil tudung bidang 60 namun aku pakai dalam keadaan lilit untuk mengelakkan tudung tu kelihatan terlalu besar daripada pandangan rakan-rakan. Setelah itu aku labuhkan sedikit demi sedikit lilitan itu dari masa ke semasa. Ibuku sudah tidak berkata apa setelah aku memakainya ketika pulang.. Malah nampak perubahan ibuku mula melabuhkan tudungnya.. Mula bersetokin. Alhamdulilah aku bersyukur ya Allah.. Walaupun niat utamanya dulu hanya untuk mengelakan kata-kata orang.. Tapi kini ibuku sendiri mengatakan kepada akak-akak ku janganlah belikan mak tudung pendek lagi. Tak sesuai la.. Mak tak selesa.. Kini perubahanku diterima oleh orang di sekelilingku.. Malah akak-akak ku kini dengan senang hati membelikan tudung labuh untuk adiknya. Pesan aku untuk orang yang ingin berhijrah, buat ape yang kita rasakan betul jangan pedulikan orang lain, think creative untk mencipta alasan yang akan membuat org terima jawapan anda. Dan jangan pedulikan bila orang komen anda.. Teruskan niat betul anda itu. Dan lagi 1 ingat sampai mati jangan sesekali memandang dengan pandangan menyampah atau keji terhadap org yang bertudung singkat dan berbaju ketat. Tapi cubalah rapatkan diri untuk berkawan dan nasihat agar dia melakukan perubahan dengan cara dia yang tersendiri. Orang yang bertudung labuh cuba bermesra dengan orang ini dan bukan menghukum mereka. mereka juga manusia yang mempunyai perasaan. Jika anda memandang dengan pandangan yang begitu, lagi mereka larikan diri untuk berubah. Sepanjang aku di u, org yang bertudung labuh ni suka masuk dalam golongan dia orang je.. Cuba-cubalah berkawan dengan semua orang.. Awk bertudung labuh tak semestinya awak akan ke syurga. Semua orang boleh berubah. Hidayah milik Allah. Luas-luaskan pergaulan sambil menarik mereka ke jalan yang diredai dan jangan sesekali memandang mereka dengan pandangan yang menjengkelkan.. :D with love..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment