WELCOME...WELCOME...WELCOME...WELCOME TO AISHA SHAA BLOG

Thursday, 24 July 2014

BISKUT COKLAT CORNFLAKES CHIP COKLET

Semalam nak buat biskut sangat. Semangat mula datang berkobar-kobar. Jadi mula la pencarian resepi biskut dalam buku resepi dan internet.. tapi semua nampak mcm susah je dengan bahan-bahan yang tak da kat rumah.. Jadi setelah baca info dan petua membuat biskut telah terciptalah biskut ni.. Sesiapa yang nak cuba silakan.. Memang sedap. Kononnye biskut nak buat raya.. tapi da tinggal setengah bekas setelah dimakan oleh anak-anak sedara.. huhuh habis biskut ashu.. sabar je la.. Resepi ni boleh dapat sebanyak 1 1/2 bekas plastik besar yang jual gula-gula tu.. Selamat mencuba.. :D


BAHAN-BAHAN
·        2 1/2 cawan tepung jagung
·        1 ½ cawan tepung gandum
·        ½ cawan oats dikisar halus
·        1 cawan gula yang telah dikisar halus
·        3 cawan cornflakes diramas
·        1 cawan chip chocalate
·        serbuk koko 2 sudu besar makan
·        Majerin 3 cawan

CARA-CARA
1.     Tepung gandum dan tepung jagung digoreng tanpa minyak kira-kira 10 minit (disangai)
2.     Angkat tepung kemudian masukkan serbuk koko, gula dan oats yang dikisar gaul sehingga rata.
3.     Masukkan majerin sehingga rata dan doh menjadi melekat. masukan chip coklat dan cornflakes dan digaul rata
4.     Masukan adunan ke dalam mangkuk kertas. adunan hendaklah hanya  suku dan paling banyak adalah setengah kerana apabila masak biskut tersebut akan mengembang.

5.     Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 ˚c selama 15 minit.

Aisha Shaa



No comments:

Post a Comment